...because a picture worth more than a thousand words...
Up | Down | Top | Bottom

Wednesday, September 21, 2005

Kelebihan sujud

Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Friday, September 16, 2005

amalan malam nisfu syaaban

1. apabila selesai solat Maghrib, hendaklah dibaca Yaasin dgn diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yaasin dgn diniatkan diluaskan Allah rezeki yang halal dan diberkatiNya, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yaasin dgn diniatkan dimatikan dalam iman (Husnulkhotimah), kemudian dibacakan doanya.

2. perbanyakkan istighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa dan keluarga kita

3. Mohon keampunan dua ibu bapa
(Ya Tuhanku, ampunilah aku dan dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil)

4. mohon keampunan dan taubat diri
(Aku Mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadaNya)

5. membaca
(Tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan akan diaNya, dgn cara ikhlas kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid walaupun dibenci oleh orang kafir)

6. membaca Al-Quran

7. membaca tasbih-Subhanarabial a3la (100x), Subhanallahi wabihamdihi

subhanallahilla’zim (100x)

8. membaca selawat atas Nabi

9. membaca zikrullah – Allahu akbar

10. solat2 sunat –sunat isyraq, sunat dhuha, sunat mengiringi Fardhu, sunat awwabin, sunat tahajjud, sunat tasbih, sunat witir, sunat hajat

Rebutlah amalan sebanyak-banyak yang boleh. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah..Amin..

Wednesday, September 14, 2005

Sem 4 is coming…

Only 4 days left…I’ll be formally known as sem4 student..hahaha..one more honeymoon semester I guess…endocrine is next…very lazy la…cop…elective report?finish? opps…not yet…ala..da nak siap da…sempatnyer..lmbt lg nak anta…erm..imu cup is coming soon, well..actually it’s already started…but athletics maybe on the 3rd of Oct…sempat lagi nak practis…tp cam kalah lg jer tis time =P naik sem nih, ader EPT...fuh..english test le plak..da lame sgt tak blaja language nih…cam hancur jer…hopefully okla..n then ader health science debate 19-21 nih…ingat nak pegi tgk sbb last time I dun have the chance nak tgk…another thing that I should be prepared for tis sem is the new dress code…do u comply? (sounds familiar huh!)…well, u can find tis poster everywhere in imu…no more jeans, no more slippers, wear id all the time, guys-tie pls…bla..bla..beware, the lecturer will be strict tis time…hmm…