...because a picture worth more than a thousand words...
Up | Down | Top | Bottom

Friday, October 01, 2010

Rasa ingin kembali menulis

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani.
Da sekian lama blog ni tak di update dan rasanya da takde pengunjung jugak. Mungkin akibat dihimpit kesibukan dan kemalasan diri, dan trend facebook menyebabkan blog ini ditinggalkan. Banyak yg telah berubah sejak kali terakhir blog ni dibuka. Tuan empunya blog kini telah pulang ke tanahair meninggalkan bumi Britain for good. Reason? no real valid reason, mungkin nk bertukar angin, unsure akan masa depan kehidupan di negara orang, parents mungkin mempengaruhi, da bosan ngan winter yg sejuk...and the list goes on.

Da hampir 2 bulan sy pulang ke tanahair tapi masih byk perkara yg belum selesai. Was hoping to start work asap but...dun think it's gonna happen with the attitude n system of moh, so lembaps! sometimes i regretted my decision, maybe i shud come back after my visa expired...but on the other hand, i got the chance to fast and celebrate eid with my family at home which I missed for the past 4 years. Syukur pada Allah dpt jugak bertemu Ramadan baru2 ini.

There is no real topic for this entry, actually just utk menulis sebab da boring sangat. Rasa mcm sgt membuang masa, bila buat something pon semua cam tak kena. Balik kalini memang byk benar ujian dr pelbagai arah. Betul2 menguji kesabaran, mungkin sebab iman sedang ditakuk paling rendah agaknya... sigh

Wednesday, December 23, 2009

Snow in Scotland 2009

Wah...tahun ni snow turun dgn lebatnya kat UK..baru la betol2 merasa winter kat negara 4 musim...tp keseronokan snow tu tak berlarutan disebabkan masalah2 yang timbul akibat ketidaksediaaan government uk menghadapi cuaca yang melampau sejuknya...jalan tak di grit, garam tak mencukupi...

nak cerita pengalaman weken lepas terkandas kat motorway m80 selama lebih 2 jam, akibatnya..perjalanan dr glasgow to stirling yang biasanya mengambil masa setengah jam, tp hari tu mengambil masa selama 5 JAM! Nak dijadikan cerita haritu, lepas anta kawan kat umah die, bila nak kuarkan kete , kete taknak jalan, keeps skidding...tu 1st time kete skid sampai tak nak jln langsung..da super cuak da time tu. seb baek ada stranger lalu kat situ, so die tolong kuarkan kete ke jalan besar. pastu on the way kat great western road, jalan mmg tak treated, snow pon baru jer brenti time tu. sampai kat simpang nak kuar ke stirling, traffic da mula slow down...dan seterusnya, terus sangkut not even half way thru to stirling....byk kete time tu da patah balik ke glasgow....akibatnya, sy tak g keje keesokan hari nye sbb my cold symptoms get worse again! haha

dan harini pulak, tak bole nak parking betol2 masa smpai hospital, dah ler sampai setengah jam lambat sebab traffic yg teruk akibat drpd untreated road. seb baek tak dpt parking fine. pastu masa nak balik pulak, kete tak nak kuar, terpaksa buat muka tak malu mintak tolong org tolak kete..ish..pengalaman betol la dok sini.

ape pon2, 25 hb ni cuti..so kalo cuaca not too bad, bole la kuar amek gambar. harini masa kat satu roundabout tu, ade sorg photographer ni mengambil gambar salji together with bad traffic...haha

erm...i might take the shuttle bus to falkirk tomorrow depending on the weather...ohhh, its gonna be abover freezing tonight!

Monday, December 14, 2009

Dapurku Berasap kembali


Hazelnut cake


Roti jala


Popia

Tuesday, September 22, 2009

need someone to talk to...

Harini exam, kuar jer exam hall tadi, rasa terkedu...sangat tak confident. apsal la susah sgt soalan2 die...yang pelik2 lak tu, tak penah dengar ...geramnye!

agreed with my friend that we gonna meet again in the same hall next yr..haha...such a hard work...and failing means waste of time and money!

i need someone to talk to me right now..but seems like everyone is still busy with eid...it s only the 3rd of syawal...selamat hari raya and maaf zahir batin to semua...disebabkan exam ni jugak la, raya tahun ni agak limited...tak sempat nak lepak lama2 kat umah org, pegi raya pon brapa buah umah jer....takpe, next weken ada jemputan lagi, so i ll try to fulfill whatever i can

okie dokie...i m off now...going to work later...

Friday, September 18, 2009

Selamat hari raya

Setiap kali rasa nak bercerita, tapi takde org nak borak dengan, sy akan choose utk update blog. Blog sememangnya tempat utk kite bercerita kan..pendengar setia saya takde, die balik msia...huhu

Harini da masuk samada malam ke 29 or 30 kita berteraweh (sy sdiri da lost track). yang pasti, ramadan da almost smpai ke penghujungnya...dan syawal da mula muncul. Bila muhasabah balik, tak tau la nak kata da samada tahun ni lebih baek atau tidak dr tahun lepas, tp insyallah kalo tak lebih baek pon, sekurang2nya sama level dengan yang lepas kot..so pada semua, nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin. kalo ada salah silap, terkasar bahasa or termengumpat, harap dpt la dimaafkan.

sebelum sy mula menulis ni, ada org ketuk pintu umah, tak brani nak bukak...yer la arini kan friday night...walaupon neighbourhood ni is a safe area, tp 15 minit yg lalu ada budak2 nakal dok shouting kat luar, tu yang risau tu...bila sy jenguk kat tingkap, nampak van polis..baru la berani nak bukak pintu...polis tu dtg nak siasat kalo tau/kenal budak2 yang buat bising tadi tu...ni mesti ada jiran yang buat aduan agaknya...tadi terpikir jugak da kalo budak2 ni tak pergi dlm masa 5-10 minit or kalo diorg main dekat ngan kete saya, of course sy akan kol polis jugak...haha...cuak gak la...sian polis tu, sy tak dpt nak bagi maklumat pape pon sbb sy sdiri tak brani nak tengok luar td, takut lak kalo budak2 tu mabuk ke ape ke kan...harap2 takkn jadi lagi lepas ni...

da almost masuk 2 bulan sy dlm paediatrics dept..alhamdullillah, things getting better and i m now more confident..da berjaya masukkan cannulas in less than 2 years old, whom their vein is like tiny thread underneath the skin..haha...so far blom try lagi on newborn after my failure bout 3 weeks ago sebab takde chance...my shift has always been on the ward anyway...harini 1st time yang sy ketaq lutut (org kedah ckp) sebab this newborn baby taknak bernafas atau menangis...selalunya lepas seminit atau dua resuscitation, baby akan start menunjukkan signs of life. tapi baby ni sgt floppy, no air entry...my inflation breath pon da makin kurang effective...trus jerit sruh midwife crash call senior...within a minute, registrar sampai and take over...dekat 7 minit baru la baby start coughing...terpaksa repositioned dengan laryngoscope utk tengok kalo ada ape2 yang menyekat pernafasan dia...learning point of this is....bagi ibu2 mengandung sekalian..hehe, masa nak deliver nanti, janganla ambik diamorphine banyak sgt..huhu...try to stick to simple analgesia...haha (saying that, i have no experience..huhu)mum of this baby apparently da diberi diamorphine yang agak high dose, cord gas sgt acidotic...tu la sebab utama baby dia sleepy sgt, nak nangis pon macam takde, with respiratory depression..alhamdullillah, baby fine now

baru jenguk kat luar, van polis tu baru jer pergi, agaknya nak pergi round area lain pulak kot..nampak tadi diorg borak dgn jiran2 saya jugak..mcm frust je sbb tak dpt byk maklumat..yer la, dalam gelap2 ni, sapa yang nak kuar ambik risiko jumpa ngan budak2 nakal tu

selasa ni insyallah sy akan sit for my part 1...rasa sangat2 la tak ready...buat soalan, banyak yang salah dr yang betol..memang susah nak concentrate utk belajar bila da kerja ni..tambah2 pulak, sy kerja dlm bidang yang tak sama ngan exam, amek exam utk adult, tp kerja ngan children...stress jugak rasa bila nak study tu...i dont want to expect high...tp kalo bole nak sgt la pass, kalo tak membazir masa, duit dan tenaga ja..doakan sy pass exam ni..ameen

okla, rasanya nak siap2 utk tido dah, esok ngan lusa keja lagi...n most probably akan raya lusa...nasib baik buat short day jer, smpai pkol 3, kalo raya, bole la gi umah sape lepas keje...erm...nak raya kat mana agaknya yer? stirling, glasgow or dundee?hehe..kalo raya isnin, tak dptla nak beraya sakan sbb sy kena buat last minit stadi utk exam, masih blom cover statistics lagi ni..topik yang paling lemah dlm medicine...

wassalam

Friday, August 21, 2009

Ramadan Menjelma Kembali

Kembali mengupdate blog...

Alhamdullillah...sekali lagi dapat bertemu dengan ramadan pada tahun ini.. insyallah malam ni marilah kita bersama-sama menunaikan solat terawih...orang kata kalo tak mula dari awal, nanti makin berat dan liat masa hujungnya

Sekali lagi sy menyambut ramadan di perantauan ditemani rakan2..taktau la bila pula akan dpt sambut ramadan dengan famili...dpt pegi bazar ramadan, beli itu, dan ini..hehe..rindu pulak dengan suasana ramadan kat msia..huhu. dan tahun ini, orang2 uk akan berpuasa agak lama berbanding tahun2 lepas..1st ramadan insyallah kena puasa dalam 17-18 jam...bila pikir balik, uish..lama tu...

Sebagai persediaan menyambut ramadan tahun ni, bole dikatakan sy kurang bersedia kalo compare dgn tahun sebelumnya...puasa rejab n syaaban pon sehari dua jer sbb lama sgt..(huhu..alasan). Insyallah nak pasang niat tahun ni utk khatam quran, paling tak pon, make sure ayat2 hafazan yang byk da lupa tu dihafal semula...dan insyallah, jom kita semua solat terawih setiap malam, at least 8 rakaat, kecuali kalo terpaksa bekerja shif malam, so melepas la terawih kan...

opps, kena berenti, magrib da masuk...

Sunday, July 19, 2009

setahun berlalu

Alhamdullillah, da almost setahun masuk ke alam pekerjaan dan segalanya berjalan dengan baik. Walaupun selalu diganggu dengan kekangan masa dan stress yang disebabkan oleh perkara yg remeh temeh, tapi semuanya dpt dilalui dengan cekal. Terima kasih buat kawan2 yang sentiasa memberi semangat mahupun memerli diri ini, kerana tanpa kalian, mungkin diri ini tidak punya semangat yang kuat.

Bagi diri ku, tidak banyak bezanya diri ini dengan setahun atau 2 tahun yang lalu. Mungkin lainnya sekarang sudah lebih matang, lebih berani bersuara disebabkan pekerjaan yang memerlukan kita berani mengeluarkan pendapat , jika tidak tentulah senang dibuli..lebih2 lagi oleh cik misi2 di ward =) Tapi yang lainnya, aku masih seperti dahulu..masih sendiri, masih tidak bijak dalam membuat keputusan...yang mana ini adalah kelemahan diri yang masih belum dapat aku atasi sampai lah ke harini. Disebabkan ini jugaklah, mungkin bulan depan aku terpaksa merempat di rumah org..hehe, sebabnya sampai sekarang masih belum dapat ku cari umah sewa di stirling... adusss...stress btol la bila pikirkan pasal umah

so malas nak layan, kalo dilayan, bole jadi tak betol.summer tahun ni, selain jalan2 ke oban tempoh hari, aku masih belum ada plan lain lagi. tak seperti tahun2 lepas, sejak dr bulan 3 lagi, semuanya da siap dirancang...tahla, agak sukar utk merancang apa2 bila da kerja ni..haritu pon bernasib baik dpt blk msia walaupun sekejap, sekurang2nya, takdala macam lupakan daratan. lepas 2 tahun lebih merantau, baru nak blk msia, sampai kawan2 kat msia pon da mula bercakap2

tak sampai sebulan lagi, aku akan mulakan kehidupan yang bole dikatakan baru. surrounding yang berbeza...stirling takkan sama dengan glasgow, samalah mcm glasgow memang tak sama dengan dundee...terpikir jugak, bagaimana agaknya nanti bila balik msia, balik bercuti lain, tp kalo balik utk mulakan kehidupan yang baru, pasti akan agak sukar pada mulanya...takut rasanya bila memikirkan pasal hal ini..sebab tu lah agaknya kalo org bertanya bila nak blk for good, aku belum punya jawapan yg firm...walaupun rasa nya dlm 70% mmg akan kena balik next yr disebabkan visa regulation yang semakin ketat..i cudnt be bothered anymore!