...because a picture worth more than a thousand words...
Up | Down | Top | Bottom

Wednesday, October 03, 2007

Marah!!!


Geram nye, bengangnye...astaqfirullah..tibe2 arini darah saya naik...da lama tak marah, tapi entah kenapa arini tiba2 je saya naik angin...astaqfirullah...istigfar banyak2...skali saya cuba mengawal rasa marah saya...saya ni jarang nak marah2 tak tentu pasal, dan sememangnyalah saya sgt tak suka dimarahi tak tentu pasal jugak...seperti sebelum2 ni, kalo saya marah je, pasti lepas tuh akan menitis la air mata..hehe...bila da marah, akan rasa bersalah la pulak...tambah2 bulan ramadan ni...cepat2 mintak maaf pada org yg kena marah tuh...mmg diakui susah sgt rasanya nak keluarkan kata2 mintak maaf atau sori tuh, tapi paksa jugak diri ni cakap...lepas da mintak maaf, baru la rasa lega sikit tapi masih rasa susah nak berdepan dgn org tersebut...tapi takpe, esok okla kot harap2 nye...maybe org tuh ok jer...tapi saya ni...(bertengkar dlm hati sdiri..huhu)

Macamana nak kawal sifat marah ye?

Rasullullah ada ajarkan beberapa cara nak mengawal sifat marah. antaranya:

  1. Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem - Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
  2. Diam atau tidak berbicara.
  3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
  4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
Disebabkan buruknya akibat sifat marah yang melulu ini maka Rasulullah s.a.w. amat menitikberatkan agar perasaan itu dikawal dengan baik. Apabila seorang sahabat meminta nasihat daripada Baginda s.a.w, lantas Baginda bersabda: Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah. (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).

Allah juga memuji mereka yang dapat mengawal perasaan marah melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran: 133-134)

plagiarised from article 'kawal marah sifat terpuji' by MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS



1 Comments:

At 1:40 PM, Anonymous Anonymous said...

wah! Marah??? Rilek sister, duduk minum air.. lepas tu ambil wudhu' ok? Sabar itu separuh dari iman... hehehehe...

org yg sabar ( perasan! heheh)
A-cah

 

Post a Comment

<< Home