Monday, December 31, 2007
Tahun baru yang bakal tiba
Firman Allah yang bermaksud
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar).” - (Surah al-Baqarah, ayat 120)
Ok, cukup cerita pasal sambutan tahun baru.
Cepat betul masa berlalu kan (ayat sama tiap2 tahun=P Umur da makin meningkat, da masuk 24 la kalo ikut tahun..huhu..da makin tue. Apa azam tahun baru? soalan yg biasa kite dgr tiap2 tahun...sebenarnya, saya sendiri tak pasti azam 2007 da tercapai ke belum..erm...tahla..tapi saya percaya yg kita perlu punya azam, tak kesah la nak perbaharui tiap2 tahun ker, tiap 5 tahun ker, tiap 10 tahun ker...tapi dengan azam, ia akan mendorong kita untuk mendapatkan sesuatu. Dan kalo boleh, jangan la azam asyik ke arah duniawi jer( nih utk diri sdiri gak nih) biarlah ke arah pengisian rohani dan keagamaan jugak .
p/s-saje nak selit kat sini, untuk adik yang nak exam, akak doakan adik dpt capai azam 2007 adik setelah berjaya menginsafkan diri...alhamdullillah
Nih doa akhir dan awal tahun.Nanti kita sama2 baca 1 muharram ni ek. Doa akhir tahun dibaca 3 kali selepas solat asar/sebelum maghrib pada akhir zulhijjah manakala doa awal tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 muharram.
okla..setakat nih dulu. Nak makan dan berehat kejap setelah penat berjalan...Baru jer sampai umah , saing ngan kak aisyah lak tuh..wallaulam...
Saturday, December 22, 2007
Mihrab
Salam 'alaik
Cerpen Mihrab yg saya copy dr berita harian semalam..saya kira perkara ni memang da jadi 'gejala' di masjid@surau di msia...jom amek iktibar bersama-sama. (Nak letak link, takut next month da tak available, so copy jer trus =)
IQAMAH dialunkan melalui pembesar suara. Saya lekas mengatur langkah menuju ke masjid. Apabila tiba, saya lihat jemaah sudah penuh dua saf. Saya berdiri di saf ketiga. Di kiri dan kanan sudah ada dua tiga orang lagi yang baru sampai dan sama-sama membentuk saf.
Saya rapat-rapatkan tumit dan bahu, betulkan saf sungguh-sungguh. Meyakini bahawa saf bukan pada lurusnya sahaja, tapi juga pada rapat dan akrabnya tubuh. Apa yang mengecewakan saya, jemaah masjid walau di mana-mana tidak suka merapatkan tubuh dan bahu bila berdiri dalam saf. Maka saf pun jadi bengkang-bengkok macam ular kena palu dan pada hari ini, seperti hari-hari sebelumnya, saya masih kecewa. Apabila saya rapatkan tubuh kepada makmum di sebelah kanan, dia menjauh sedikit dan jangan diharap pada makmum di sebelah kiri yang memang tidak mahu akrab sejak tadi. Saya kira, jika jemaah saf pertama dan kedua membetulkan saf sungguh-sungguh, merapatkan bahu dan tubuh, sudah tentu tidak akan wujud saf yang ketiga ini. Aduhai!
Saya ingin mengangkat takbir, tetapi terhenti apabila tersentak dengan makmum di sebelah kanan yang angkat takbir berulang-ulang dan tersekat-sekat pula.
"Allahhhh... Allahhhhhuuu... Akbar!!"
Sekali lagi.
"Allahhhh... Allahhhhhuuu... Akbar!"
Masih tak menjadi.
"Allahhhh... Allahhhhhuuu... Akbar!"
Saya jadi hangat. Lekas saya sabarkan hati kerana solat baru sahaja bermula. Namun, Allah mahu menguji sungguh-sungguh kesabaran saya apabila solat telah bermula dan dia membaca al-Fatihah dengan suara yang kuat. Malah siap berlagu pula dengan kepala tergeleng-geleng. Yang paling menjuakkan tidak puas hati, dia masih begitu, mengulang-ulang ayat beberapa kali. Saya seperti ingin berkata kepadanya waktu itu juga � was-was itu datangnya daripada syaitan!
Semasa solat saya cuba hadirkan hati buat menggapai khusyuk. Tetapi acap kali konsentrasi saya terganggu oleh makmum di sebelah kanan.
Orang tua itu kelihatan sedang khusyuk berdoa. Saya menunggu beberapa detik. Setelah melihat dia meraup kedua tangannya ke muka, saya memberi salam dengan nada yang paling lembut. Dia memandang saya dengan kening berkerut seraya menjawab salam. Saya tersenyum kepadanya seraya bertanya, "Pakcik apa khabar?" Dia masih kerut kening dengan wajah diserkup pelik. "Alhamdulillah." Suaranya mendatar. Saya tahu, waktu ini saya perlu berhati-hati mengeluarkan kata-kata. Saya perlu membeli kepercayaannya dahulu. Saya lantas memperkenalkan diri dan latar belakang, kemudian menghulurkan tangan. Kami berjabat. Dia saya kenali sebagai pakcik Muhsin. Setelah berbual dengannya beberapa minit, maka betullah telahan saya yang dia sudah lama tinggal di kawasan ini. Malah, rumahnya juga karib dengan masjid. Waktu ini, saya sudah mula merasakan keakraban, justeru saya kira kami sudah bersedia melanjutkan perbualan kepada mauduk utama. "Apa pendapat pakcik tentang saf jemaah di masjid ini?" Senyuman masih tekal di bibir saya. "Bagus." Dia mengangguk kepala sedikit. Saya tersenyum lagi. Kemudian memandang mihrab. Sebetulnya ingin memancing respons. "Kenapa?" Suaranya kedengaran serak-serak. "Saya kira kurang baik, pakcik. Walaupun baru dua hari di sini, saya lihat saf di sini masih bengkang-bengkok. Jemaah juga tidak mahu merapatkan bahu bila berdiri bersama." Saya kembali memandangnya dengan senyuman. Saya tahu, senyuman ada kuasa memikat, selain pahala bersedekah. "Itu tak jadi masalah." Dia bersuara acuh tak acuh. Saya terkedu sedikit. Senyuman saya mati. Di situ, keegoannya sudah mula terserlah. Saya memujuk hati dan membacakan sebuah hadis riwayat Muslim tentang saf, "Luruskan barisanmu, jangan bengkang-bengkok; kerana barisan yang bengkok nescaya akan menyebabkan hatimu berpecah belah." "Saf ni asas solat berjemaah pakcik, kesempurnaan solat berjemaah. Kalau kita sambil lewa, matlamat untuk mengakrabkan silaturrahim sesama Muslim itu tak akan tercapai. Hati kita akan bengkang-bengkok seperti saf itu. Penuh hasad, iri, takbur dan macam-macam lagi." Saya bersuara lembut dan moga-moga akan menusuk ke kalbunya. "Lagi?" Nada suaranya ditinggikan. Ya, kini saya sudah mula merasakan suatu gejolak. "Cara solat pakcik. Saya nasihatkan sebelum solat, pakcik bacalah surah an-Nas dan berta'awuzlah, mohon perlindungan daripada syaitan yang direjam. Was-was itu datangnya daripada syaitan dan kejahilan." Saya mengukir senyuman semanis madu. Orang tua itu tiba-tiba mendengus. "Apa? Aku jahil?" Matanya terbeliak memandang saya. Saya terkesiap. Sungguh, saya benar-benar tidak menjangka akan menerima reaksi sedemikian. Saya menarik nafas dalam-dalam. Pandangannya tidak saya balas dan kembali terlempar ke arah mihrab. Saya perlu mewujudkan jeda. "Aku cuba untuk khusyuk." Pakcik Muhsin tiba-tiba berkata perlahan setelah berlalu beberapa detik. Saya gesit memandangnya. Dia pula lekas mengalih pandang ke arah mihrab. Tidak mahu bertentang mata. Hati saya dijentik kagum. Rasa kasihan juga bercampur baur. Ya, sekarang inilah waktu yang paling sesuai untuk saya menyampaikan dan memberikan pedoman. "Izinkan saya memberikan formulanya, pakcik." Saya memandang sisi wajahnya. Dia langsung tidak memandang saya. Geleng pun tidak, angguk pun tidak. "Pakcik perlu hadirkan hati." Saya perasan kening pakcik Muhsin yang berkerut. "Maksudnya, hati itu mesti dikosongkan daripada segala sesuatu yang tidak ada sangkut paut dengan solat. Yang ada hanya Tuhan yang ingin kita sembah." Dia kelihatan mengangguk sedikit. Riaknya itu sudah cukup sebagai pendorong semangat saya berbicara. Saya senyum, kemudian membacakan firman Allah dalam surah Taha ayat 14, "�dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku." Kemudian saya iringkan dengan surah al-A'raf ayat 205, "Dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai." "Kelekaan dan kelalaian itu adalah lawan kepada mengingati. Jika lalai dalam solat, bagaimanakah ingin dikatakan seseorang itu ingat kepada Allah? Solat bukan pada zahir sahaja, tapi juga pada batinnya." Saya bacakan pula ayat 43 daripada Surah an-Nisa', "�hingga kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan." "Walaupun ayat ini adalah sebagai dalil melarang orang-orang yang sedang mabuk mendirikan solat sebelum pengharaman arak secara mutlak, tetapi ayat ini juga boleh digunakan sebagai larangan bagi orang-orang yang leka, lalai dan orang-orang yang dihinggapi penyakit was-was."
Masjid itu tiba-tiba berdengung dengan bunyi motosikal. Saya berhenti seketika. Budak-budak rempit ini memang tidak pernah kenal ketololan mereka. Setelah bunyi itu reda, pakcik Muhsin memandang tunak wajah saya, saya tersenyum sepicing dan kembali menyambung. "Pakcik lihat sekarang, ramai orang yang mengerjakan solat atau mengaku menunaikan solat, tapi aurat terbuka sana, terbuka sini, senang kata, maksiat atau dosa tetap mereka lakukan. Sedangkan kita maklum, solat itu mencegah perkara yang keji dan mungkar. Berdasarkan sebuah hadis riwayat Tabrani, "Barang siapa yang solatnya tidak dapat mencegah dirinya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tidaklah ditambah oleh Allah melainkan jauh, yakni jauh dari kebenaran." Bermakna, kalimah-kalimah dalam solat hanya meniti di bibir sahaja, tidak mengalir ke dalam hati. Atau mereka gagal menghadirkan hati." Saya menerangkan bersungguh-sungguh. "Orang yang gagal menghadirkan hati ni seperti orang yang mengigau, pakcik." Saya sengaja tidak memandang kepada pakcik Muhsin. Pandangan saya jatuh ke arah mihrab yang terbentang sejadah imam itu, tapi minda dan hati jauh berkelintar. "Mengigau?" Pakcik Muhsin yang baru saya kenali itu menyoal. Daripada bunyi nadanya saya tahu dia sedang kepelikan. Pesanan Imam al-Ghazali beragaman dalam benak saya. "Ya pakcik. Orang yang lalai ini seperti orang yang mengigau dalam tidur. Apakah orang yang berkata-kata dalam tidur dikira sebagai ucapannya sendiri atau igauan semata-mata? Adakah kata-kata 'pakcik sudah pergi ke London' semasa dalam tidur, orang akan percaya dan terima?" Pada perkataan London itu saya menyebutnya menggunakan ejaan Melayu seraya terkerisin. Saya membetulkan sila. Pakcik Muhsin menunggu dengan mata terkejip-kejip. "Jadi, solat kita semasa lalai, segala ayat-ayat dalam solat kita lafazkan sedangkan hati kita alpa, tidak jaga dan tidak hadirkan hati, adalah seperti orang yang mengigau, tidak tahu apa yang diucapkan, tidak sedar dan apakah solat kita akan diterima Tuhan?" Saya kembali memandangnya.
Namun, saya sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Pakcik Muhsin bangun tiba-tiba dan memandang saya sepicing sebelum berlalu ke arah mihrab. Ada tiga orang jemaah di saf yang pertama menghadap mihrab, yang saya rasakan orang-orang kuat masjid. Hati saya diterpa bermacam rasa. Walang, bimbang dan gentar bercampur baur. Saya menghela nafas dan lekas beristighfar. Meyakinkan hati, bahawa kemenangan itu adalah untuk orang-orang yang benar. Saya teringat firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 165, "Maka tatkala mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik." Hati saya hanya mampu mendoakan agar pakcik Muhsin tidak termasuk di kalangan golongan yang disebut Allah dalam ayat ini. Golongan yang tidak menghiraukan, tidak mempedulikan apabila datang peringatan kepada mereka. Saya melihat jam, waktu masih awal. Masih ada masa lebih kurang tiga puluh minit sebelum masuk fardu Isyak. Saya lekas bingkas dan mengambil mashaf, kemudian beriktikaf semula di tempat yang sama. Namun, belum pun sempat saya membuka mashaf, ada orang memegang tangan saya. Saya terkedu apabila melihat pakcik Muhsin berada di sisi saya dan meminta saya bangun. "Bangunlah. Pakcik sudah cadangkan pada imam dan jawatankuasa untuk membenarkan anak memberikan tazkirah. Mereka setuju." Saya bingkas dan menurutinya dalam pinga. "Adalah tidak adil jika anak menyampaikan ilmu untuk pakcik seorang saja. Apa yang ingin anak sampaikan penting dan perlu juga disampaikan kepada jemaah." Dia mengukir senyum. Senyuman yang julung-julung kalinya tentu! Serentak itu saya terdengar suara imam meminta semua jemaah menumpukan perhatian di hadapan. Saya terkesima. Subhanallah! Hati saya diterpa kagum tak henti-henti. Zikir dalam hati bertemali. Saya melangkah dan duduk di mihrab. Sebelum memulakan kuliah, saya memandang pakcik Muhsin yang duduk karib di sebelah kanan, kemudian ke arah jemaah di sekitar masjid. Jiwa saya ketika itu beragaman dengan diksi - ayuh, kita hadirkan hati!
Rujukan:
1) Ihya' Ulumuddin, Imam al-Ghazali.
2) Sahih Muslim, Imam Muslim.
Oleh: AMIZA Khusyri Yusof (Berita Harian 22 December 2007)
Monday, December 17, 2007
Ayat-ayat Cinta
Bismillah...entry kali ni pasal buku bertajuk Ayat-ayat cinta hasil karya Habiburrahman El Shirazy. Mulanya saya taktau pun akan kewujudan buku ni, kawan yang cakap bila saya kata nak tengok movie nye. So kawan saya pun pinjamkan novel nih pada saya. Setakat ni, buku ni hanya ada dalam bahasa indonesia, tp ok jer, saya suka ayat2 dlm bahasa indonesia sebab bahasa nya lebih sopan gitu..hikhik..
Okay, sinopsis pasal buku nih. Mengisahkan tentang seorang penuntut Universiti Al-Azhar, Mesir, Fahri dan liku-liku kehidupan yang ditempuhinya bersama-sama dengan jiran-jirannya, yang baek (keluarga Maria) dan yang bermasalah (keluarga Noura). Pada masa yang sama, beliau mengakhiri zaman bujangnya bersama dengan Aisha dari Turki, lulusan universiti di Jerman. Klimaks cerita ini berlaku apabila Fahri ditahan dan dituduh memperkosa anak jirannya.
Biodata penulis buku ni-ringkasnya, beliau merupakan anak kelahiran Indonesia. Buku ini dikarang semasa beliau melanjutkan pelajaran ke Mesir, ini membuatkan penulis berjaya memberi gambaran kehidupan masyarakat mesir pada masa tersebut dengan baik. Beliau seringkali menggunakan nama samaran Kang Abik pada karya2nya. Karya-karya beliau biasanya ada diselitkan pengajaran dan moral2 dari segi Islam.
Saje jer taknak cite detail pasal novel nih, kena baca sendiri baru best. Dan yang paling saya suka pasal novel ni ialah isi kandungannya. Setiap chapter akan diselitkan dengan hadith-hadith dan firman-firman Allah, punya juga pengajaran yang baik terutamanya untuk remaja-remaja. Saya memang suggest semua org baca buku ni, especially kepada sape2 yang nak tengok movienye. Movie kalo tak salah akan kuar 19 hb dec ni di indonesia.
Ilahi, setiap kali,
bila kurenungkan kemurahanMu,
yang begitu sederhana mendalam
akupun tergugu
dan membulatkan sembahku padaMu
....adaptasi dari novel Ayat-ayat Cinta
Sape2 yg nak download virtual version for this novel, click here
Download ost ayat-ayat cinta kat sini
Ayat-ayat Cinta The movie Trailer. Bole jugak usha sini
Sunday, December 09, 2007
Zulhijjah yang bakal menjelang tiba
Salam alaik...Rasanya semua pun da sedia maklum yang bulan Zulhijjah adalah bulan di mana umat Islam menunaikan rukun Islam yg ke 5. So kat sini, saya letak link ke blog2 sahabat yg da mula menulis tentang kelebihan bulan Zulhijjah. Bukan saya tak nak menulis sendiri, tapi masa yg ada tidak mengizinkan, fikiran lak tak leh nak buat ayat proper skang nih..huhu (pening membuat ayat2 utk case discussions yg kena submit before cuti nih)
Zulhijjah, Lakaran Sirah Kita Pada Harini -continue reading...
Amalan2 yg dianjurkan sepanjang bulan ini -continue reading...
Friday, December 07, 2007
Ciri-ciri peribadi Muslim
Salam alaik...
Alhamdullillah dpt jugak join usrah mlm td wpun blk dr ninewells da lewat, Allah bagi jugak kekuatan nak pegi. Disebabkan penat sgt2 n pegi pon memang bwk diri jer, sy tak dpt nak grab semua input2 utk usrah kalini. Cuma apa yg sy ingt adalah ciri2 peribadi muslim yg dibentang oleh kakfa. Rasanya ramai pun penah dgr psl nih, tp tak salah kalo kite saling mengingatkan antara satu sama lain kan...
Hassan Al-Banna ada menggariskan 10 ciri2:
- Sihat tubuh badan
- Akhlak yang mantap
- Berilmu( menunaikan tanggungjawab ilmu )
- Berdikari( menunaikan tanggungjawab bekerja dan mencari pendapatan )
- Aqidah yang sejahtera
- Ibadah yang betul ( menunaikan tanggungjawab beribadah )
- Bermujahadah melawan nafsu dirinya
- Menjaga masa (prioritising)
- Tersusun urusan-urusannya
- Bermanfaat kepada orang lain
Another program nak promote, heart & soul detox, poster kat atas tuh. Anjuran Glasgow University Muslim Students Association. Sy pun xtau lagi nak pegi ke tak ...huhu...
Monday, December 03, 2007
saje nak kongsi
Assalamualaikum..Kat sini sy postkan petikan email dr salah seorg sahabat yg baru kehilangan ayahanda tercinta. Saya belum minta kebenaran lagi ni, tp sy yakin beliau akan kata okay..hehe...saje nak kongsi dgn kwn2, terutamanya pengunjung tetap blog nih..honestly, menitis air mata sy bila baca email nih, semoga kita sama2 dpt ambil pengajaran...
Pergilah sudah sebahagian sumber inspirasi saya...
Abah dan umi adalah sumber inspirasi dan semangat saya. Abah tak pernah menghadiahkan saya hadiah2 yang mahal2 kalau berjaya, tapi abah bagi semangat dengan perbuatan.
Sejak saya kecil, saya tahu, setiap pagi, abah bangun bertahajud dan solat hajat untuk anak2nya. Saya tak dapat lupakan, masa saya kena chicken pox dan dapat cuti 2 minggu dr doktor, seminggu akhir saya nak juga pergi sekolah sebab takut ketinggalan, tapi susah nak duk asrama sebab takut jangkit org lain. Abah sanggup ulang alik dari Dungun, turun pukul 5 pagi, hantar saya ke sekolah di SMAASZA (KT), 2 jam lebih perjalanan, berhenti solat subuh di masjid dan sarapan tepi jalan. Tunggu saya habis kelas, dan ambil saya untuk bawa pulang sampai di rumah di Dungun waktu maghrib. Sepanjang perjalanan, abah akan mengulang2 surah2 al-Quran yang dihafalnya. Begitulah hari2.
Satu lagi, yang amat menyentuh hati saya ialah, semasa menghadiri hari kecemerlangan KISAS selepas SPM. Abah yang ketika itu masih uzur (baru lepas recover dari stroke), sanggup datang berpapah dengan umi dari Dungun naik bas untuk menghadiri majlis tersebut, semata2 untuk memberi semangat kepada saya. Ya Allah... manakan dapat saya lupakan semua itu... terima kasih banyak cikgu saadiah yang menumpangkan umi dan abah di bilik warden beliau dan pengetua, ust ahmad ismail yang menawarkan keizinan untuk saya balik kampung hantar umi dan abah balik lepas majlis tersebut.
Bila abah pergi... saya rasa sebahagian semangat saya hilang...
Tapi saya tahu, semangat itu tidak boleh kita gantungkan kepada manusia, kerana semua manusia akan pergi. Allahlah sumber inspirasi kita yang sebenar. Cuma saya sedar, saya telah kehilangan doa abah saya... Doa yang amat bererti buat saya...
Akhirnya, dengan penuh tawadhu', saya ucapkan terima kasih sekali lagi atas doa semua. doakan kami tabah. mudahan kita semua dapat menjejak ketabahan dan passion almarhum dalam beribadah pada usia sakitnya sehinggalah dijemput allah.
dan bagi yang masih punya ibu bapa hari ini, jagalah mereka dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. terutama yang sakit darah tinggi, stroke, sakit tua dll, memang ujiannya lebih tinggi, kadang2 mungkin akan menyebabkan kita kecil hati, tapi usah sekali2 menganggap apa yang mereka buat adalah mereka yang nak buat, tapi itu memang lumrah orang yang sakit stroke, mereka jadi lebih panas baran, sensitif dll, itu adalah kesan penyakit yang mereka tanggung. dan tugas kita sebagai anak2 adalah menjaga mereka dengan penuh kesabaran dan kasih sayang, lemah lembut, sebagaimana mereka jaga kita waktu kecil kita yang entah berapa kali ganda ragamnya.
dan lagi, semoga Allah kurniakan kita anak2 yang sabar untuk menjaga kita juga insya allah, andai kita ditakdirkan kena penyakit yang sama di usia tua kita. justeru manfaatkanlah peluang yang Allah beri untuk kita berbakti kepada ibu bapa kita insya Allah. jangan sekali2 sengaja mengecilkan hati mereka.
satu lagi, andai kita ingin berdoa supaya panjang umur, baik buat diri kita, mahupun orang lain, jangan lupa doakan umur itu panjang dalam beribadah kepada allah insya Allah.