...because a picture worth more than a thousand words...
Up | Down | Top | Bottom

Monday, December 31, 2007

Tahun baru yang bakal tiba

Tinggal lagi beberapa jam saja untuk tahun 2007 berakhir. Dengan kata lain new year bakal tiba mengikut gregorian calendar. Lagi 9 hari pulak, awal Muharram bakal menjelang mengikut kalendar hijrah, insyaAllah pada 9 January nanti. Sambutan tahun baru?countdown? perlukah semua tu? Jika diikut pada ajaran Islam pun, kita sambut tahun baru dengan membaca doa awal dan akhir tahun. Tak perlu lah nak pergi konsert, final countdown semua. Tuh semua bukan budaya kite, opps... bukan ajaran agama kita.

Firman Allah yang bermaksud
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar).” - (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Ok, cukup cerita pasal sambutan tahun baru.

Cepat betul masa berlalu kan (ayat sama tiap2 tahun=P Umur da makin meningkat, da masuk 24 la kalo ikut tahun..huhu..da makin tue. Apa azam tahun baru? soalan yg biasa kite dgr tiap2 tahun...sebenarnya, saya sendiri tak pasti azam 2007 da tercapai ke belum..erm...tahla..tapi saya percaya yg kita perlu punya azam, tak kesah la nak perbaharui tiap2 tahun ker, tiap 5 tahun ker, tiap 10 tahun ker...tapi dengan azam, ia akan mendorong kita untuk mendapatkan sesuatu. Dan kalo boleh, jangan la azam asyik ke arah duniawi jer( nih utk diri sdiri gak nih) biarlah ke arah pengisian rohani dan keagamaan jugak .
p/s-saje nak selit kat sini, untuk adik yang nak exam, akak doakan adik dpt capai azam 2007 adik setelah berjaya menginsafkan diri...alhamdullillah

Nih doa akhir dan awal tahun.Nanti kita sama2 baca 1 muharram ni ek. Doa akhir tahun dibaca 3 kali selepas solat asar/sebelum maghrib pada akhir zulhijjah manakala doa awal tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 muharram.





okla..setakat nih dulu. Nak makan dan berehat kejap setelah penat berjalan...Baru jer sampai umah , saing ngan kak aisyah lak tuh..wallaulam...

2 Comments:

At 3:13 PM, Blogger siti nor aini said...

thanks. Hampir terlupa dah nak masuk bulan Muharam.Sejak berada kat st.Andrews jauh dari org2 Melayu, saya agak ketinggalan dengan pengisian keagamaan. Teringat plak waktu buat degree kat UPM dulu. stay kat KOSASS. Kolej kediaman yg sgt Islamic....hehehhe...bagus sebenarnya. Sentiasa mengingatkan tentang benda yg patut diingati seperti awal muharam, maulidur rasul n etc. Pastu siap ada pengisian yg berfaedah, terutama skali solat berjemaah. Rindu pulak dgn x-kosass 2003... terima kasih bebanyak...ntah knapa malam ni rasa sesuatu...tak dapat nak diucapkan...rasa tenang bila dengar bacaan suci Al-Quran dari internet..and terdetik lak nak buka blog awak ni. rupa-rupanya awal muharam , rabu ni. dah dekat pun. Alhamdulillah tak terlepas lagi. Mungkin ada hikmah disebalik semua yg berlaku. Tapi apa dia....wondering..Anyway, wish me all da best on my exam.

 
At 5:57 AM, Blogger iFtiDa said...

baguslah camtu...good luck for ur exam aini..may Allah always be with u.

 

Post a Comment

<< Home