...because a picture worth more than a thousand words...
Up | Down | Top | Bottom

Monday, December 03, 2007

saje nak kongsi

Assalamualaikum..

Kat sini sy postkan petikan email dr salah seorg sahabat yg baru kehilangan ayahanda tercinta. Saya belum minta kebenaran lagi ni, tp sy yakin beliau akan kata okay..hehe...saje nak kongsi dgn kwn2, terutamanya pengunjung tetap blog nih..honestly, menitis air mata sy bila baca email nih, semoga kita sama2 dpt ambil pengajaran...

Pergilah sudah sebahagian sumber inspirasi saya...
Abah dan umi adalah sumber inspirasi dan semangat saya. Abah tak pernah menghadiahkan saya hadiah2 yang mahal2 kalau berjaya, tapi abah bagi semangat dengan perbuatan.

Sejak saya kecil, saya tahu, setiap pagi, abah bangun bertahajud dan solat hajat untuk anak2nya. Saya tak dapat lupakan, masa saya kena chicken pox dan dapat cuti 2 minggu dr doktor, seminggu akhir saya nak juga pergi sekolah sebab takut ketinggalan, tapi susah nak duk asrama sebab takut jangkit org lain. Abah sanggup ulang alik dari Dungun, turun pukul 5 pagi, hantar saya ke sekolah di SMAASZA (KT), 2 jam lebih perjalanan, berhenti solat subuh di masjid dan sarapan tepi jalan. Tunggu saya habis kelas, dan ambil saya untuk bawa pulang sampai di rumah di Dungun waktu maghrib. Sepanjang perjalanan, abah akan mengulang2 surah2 al-Quran yang dihafalnya. Begitulah hari2.

Satu lagi, yang amat menyentuh hati saya ialah, semasa menghadiri hari kecemerlangan KISAS selepas SPM. Abah yang ketika itu masih uzur (baru lepas recover dari stroke), sanggup datang berpapah dengan umi dari Dungun naik bas untuk menghadiri majlis tersebut, semata2 untuk memberi semangat kepada saya. Ya Allah... manakan dapat saya lupakan semua itu... terima kasih banyak cikgu saadiah yang menumpangkan umi dan abah di bilik warden beliau dan pengetua, ust ahmad ismail yang menawarkan keizinan untuk saya balik kampung hantar umi dan abah balik lepas majlis tersebut.

Bila abah pergi... saya rasa sebahagian semangat saya hilang...
Tapi saya tahu, semangat itu tidak boleh kita gantungkan kepada manusia, kerana semua manusia akan pergi. Allahlah sumber inspirasi kita yang sebenar. Cuma saya sedar, saya telah kehilangan doa abah saya... Doa yang amat bererti buat saya...

Akhirnya, dengan penuh tawadhu', saya ucapkan terima kasih sekali lagi atas doa semua. doakan kami tabah. mudahan kita semua dapat menjejak ketabahan dan passion almarhum dalam beribadah pada usia sakitnya sehinggalah dijemput allah.

dan bagi yang masih punya ibu bapa hari ini, jagalah mereka dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. terutama yang sakit darah tinggi, stroke, sakit tua dll, memang ujiannya lebih tinggi, kadang2 mungkin akan menyebabkan kita kecil hati, tapi usah sekali2 menganggap apa yang mereka buat adalah mereka yang nak buat, tapi itu memang lumrah orang yang sakit stroke, mereka jadi lebih panas baran, sensitif dll, itu adalah kesan penyakit yang mereka tanggung. dan tugas kita sebagai anak2 adalah menjaga mereka dengan penuh kesabaran dan kasih sayang, lemah lembut, sebagaimana mereka jaga kita waktu kecil kita yang entah berapa kali ganda ragamnya.

dan lagi, semoga Allah kurniakan kita anak2 yang sabar untuk menjaga kita juga insya allah, andai kita ditakdirkan kena penyakit yang sama di usia tua kita. justeru manfaatkanlah peluang yang Allah beri untuk kita berbakti kepada ibu bapa kita insya Allah. jangan sekali2 sengaja mengecilkan hati mereka.

satu lagi, andai kita ingin berdoa supaya panjang umur, baik buat diri kita, mahupun orang lain, jangan lupa doakan umur itu panjang dalam beribadah kepada allah insya Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home