Sunday, October 14, 2007
Lori garam tumpah depan rumah
Di sebuah kampung, terdapat 2 orang gadis sedang sibuk memasak di dapur untuk persiapan hari raya yang bakal menjelang tiba. Masing2 sibuk memasak pelbagai juadah untuk tetamu yang akan berkunjung.Pada masa itu, di atas dapur terdapat rendang dan ayam masak merah yang masih dalam proses untuk masak. Si kakak pon menyuruh adiknya meletakkan sedikit garam ke dalam kedu-dua masakan tersebut. Si adik pon buatlah apa yg disuruh dek kakak tadi. Selepas itu, die pon cuba la rasa kuah ayam tersebut. 'Ya Allah, masinnye, camna nak buat ni?' , tanya si adik. 'Tambah la gula sikit, mungkin ok kot', jawab si kakak...Adik pon menambah la gula lagi, dan kemudian cuba rasa skali lagi kuah ayam tersebut..'eh, apsal makin masin lak ni?da byk da gula tambah tadi rasanya"kata si adik lagi.Si kakak yg mencuba rasa kuah tersebut bersetuju dengan si adik...'erm, tambah gula skali lagi kot, harap2 okla', jawab si kakak. Sebelum sempat si adik menambah satu sudu serbuk yg dianggap gula tadi, si kakak terus menjerit dan ketawa berdekah2..'tu GARAM la!!!'...
sekian saja cerita yg diadaptasikan dari kisah benar minggu ini...tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Pangajaran:
- jangan buat kerja sambil lewa
- sebelum buat sesuatu, belajar dan cuba adaptasi dengan suasana sekitar dulu
- kalo tak tahu, jangan malu bertanya
- kalo hati kata lain, cuba fikirkan kembali, sebab selalunye hati tuh bercakap benar, cuma kita jer yang tak dapat instinct tuh
gambar-gambar raya org dundee ada di http://iftida.fotopages.com
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
0 Comments:
Post a Comment
<< Home