...because a picture worth more than a thousand words...
Up | Down | Top | Bottom

Wednesday, October 10, 2007

apa ada dengan cinta?

Baru-baru ni, saya sempat join iftar jamaie anjuran DUIS bersama sister2 yg lain...seronok berkawan dengan diorg ni..at least takdela jumpa muka melayu jer kan..ehehe...masa sedang makan2 tuh, saya duduk dengan sorg sister ni, batch saya jugak dlm kelas...aritu before start 5th year, kami kena buat elective, dan dia ni pegi msia utk elective, buat kat hkl dengan 2 org lagi shabat, sorg from london, sorg lagi brunei, n dia ni lak dr glasgow...so tgh borak2 tuh....lebey kurg camni la ek perbualan kitorg...

saya: so, how was ur elective?
xxxx: oh...it was good, really good...quite like it tho hkl is too busy
saya: what do u think about msia?do u like it?
xxxx: yea..yea...it's a nice country, people seems to be very nice as well...erm...can i ask u, is it
a norm in msia that a boy n a girl go out together? is it like a culture?
yyyy: is it accepted in ur country? i mean...cos we dun do that here...it's just a bit weird (kawan lagi sorg menyampuk)
saya: (masa tuh saya trus pandang flatmate saya kat sbelah, dlm ati, ish..camne nak jwb dgn
baek ni, rasa cam soalan exam lak..hahaha)

dialog seterusnye, maybe korg bole reka sdiri la kot ek..

bila dia da tanya camtu, baru la saya teringat balik da setahun lebih saya tak nampak budaya camtu..erm, lebih specific, budaya couple...memang perasan la, kat sini takde org islam yang keluar berdua2 bukan mahram...msian kat dundee ni pun takde..(baek budak2 kat dundee nih..hahaha) 4 tahun saya blaja kat kl, memang budaya ni makin melampau2...mmg macam da jadi culture...sampaikan ibu bapa ada yg takut kalo anak2 takde boyfren atau girlfren..ish...ape la nak jadi...sampaikan org luar yg dtg negara kita tak sampai sebulan pon perasan bende ni...nampak sgt la da berleluasa..

rasanya da byk kali di mana2 aja topik ni dibincangkan...takyah la nak citer panjang2 lagi...rasanya semua org da besar, bole pikir sdiri

saya ada terbaca artikel dkt blog kwn...tajuk nye pencinta kuda...

Pada zaman dahulu, dalam sebuah daerah, dalam sebuah negeri, ada seorang penggemar kuda yang terkenal. Semua kuda-kuda yang dibelanya adalah dari baka yang baik belaka.

Dalam banyak-banyak kuda yang dipeliharanya, ada seekor kuda yang paling disayanginya.

Kuda itu cuma diberi makan rumput-rumput segar terpilih yang dicerut di lembah-lembah gunung yang subur yang dihidang dalam bekas yang indah-indah. Dan diberi minum pula dari mata air yang manis rasanya.

Setiap kali kuda itu berak, dia akan menadah tahi kuda itu. Dan kencing kuda itu pun ditadah dalam bekas khas (dalam versi asal disebut cengkerang tiram yang besar) sebelum dibuang.

Pada suatu hari, seekor lalat telah hinggap di atas punggung kuda itu. Oleh kerana takut kudanya rasa terganggu, penggemar kuda itu ingin menghalau lalat itu. Dia menampar lalat yang hinggap pada punggung kuda itu.

Kuda yang amat disayanginya itu pun terkejut. Lantas menendang penggemar kuda itu hingga mati.

Moral:
Kadang kala kita sangat mencintai sesuatu atau seseorang tapi apalah gunanya mencinta kalau cinta kita itu sering tidak difahami. Maka itu, carilah cinta sejati pada malam-malam akhir yang masih tidak banyak berbaki ini.

dipetik dari: http://ulamaummah.blogspot.com

sekian saja,
Iftida

0 Comments:

Post a Comment

<< Home