...because a picture worth more than a thousand words...
Up | Down | Top | Bottom

Saturday, January 26, 2008

Hukum berubat dengan bukan mahram

Untuk bacaan semua khususnya para doktor dan bakal2 doktor di luar sana. Artikel ni copy dr ulamaummah, hasil tulisan ustaz@dr.muhaimin

Kaedah fekah ada yang berbunyi, 'darurat mengharuskan perkara yang ditegah'
الضرورة تبيح المحظورة.


Sebagaimana maklum adalah tidak harus wanita membuka sesuatu pun daripada tubuhnya kepada lelaki ajnabi(asing) selain daripada muka dan tapak tangan. Tidak harus menyentuh tanpa pelapik kecuali dalam keadaan darurat dengan ketiadaan suami, atau mahram, atau wanita muslimah yang mampu berbuat demkian.

Begitu juga tidak harus bagi lelaki memperlihatkan auratnya kepada wanita ajnabiyyah, bersentuhan dan sebagainya.

Namun begitu tidak ada tegahan yang melarang daripada melihat dan menyentuh dalam keadaan darurat untuk tujuan rawatan. Hendaklah dipastikan bahawa keadaan tersebut benar-benar darurat, tiada kaum sejenis yang mampu berbuat demikian dan hendaklah menjaga adab-adab dan adanya mahram atau ditemani oleh kaum sejenis pesakit.

Pada masa yang sama hendaklah meraikan kaedah fekah yang berbunyi: 'darurat dikira (dikadarkan) mengikut keadaannya' الضرورة تقدر بقدرها. Dengan maksud, meliihat, menyentuh dan merawat kawasan aurat yang hanya pada tempat yang diperlukan sahaja, tidak dibenarkan lebih daripada hajat dan keperluan.

Dinyatakan dalam kitab Iqna' oleh kahatib Syarbini bahawa pandangan untuk berubat harus pada tempat yang berhajat sahaja, kerana pengharaman pada ketika itu bersifat menyempitkan, maka boleh seorang lelaki merawat wanita dan sebaliknya. Hendaklah keadaan itu dengan kehadiran mahram atau suami atau wanita yang dipercayai
....

Maaf kiranya bahasa yang digunakan agak 'thuras' dan agak kefekahan sedikit. Kebetulan tejumpa artikel lama dalam simpanan saya yang pernah ditulis sekian lama dahulu, sekadar untuk manfaat bersama.

Apa pun sekadar ingatan buat semua, terkadang ramai yang menyalah gunakan kaedah fekah dengan sewenang-wenangnya. Contohnya kaedah 'harus kerana darurat' banyak disalahertikan dalam keadaan ramai yang tidak memahami konteks pemahaman darurat yang sebenarnya dari kaca mata Islam.
.
Jadi bagi doktor terutamanya sewajarnya mengetahui :
.
1. Fahami erti sebenar konsep darurat
2. Tahu had dan batasan yang dibolehkan

Buat para doktor, bukannya mudah untuk mempraktikkannya dalam dunia realiti tanpa iman dan istiqamah yang mantap. Bila agaknya perubatan di negara kita akan betul-betul mengikut acuan Islam?

p/s sebagai student, saya akui agak sukar nak mempraktiskan ni terutamanya jika belajar di negara asing spt uk..wallahualam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home