Saturday, January 26, 2008
Jom Muhasabah Diri
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:'Berwaspadalah terhadap prasangka. Sesungguhnya prasangka adalah percakapan yang paling dusta'
Salah satu akhlak Islam ialah berbaik sangka dengan orang lain. Diakui memang agak susah nak sentiasa berprasangka baik, tapi sebagai seorang muslim, kita tak sepatutnya menyerah kalah pada bisikan syaitan. Sesungguhnya, prasangka buruk itu datangnya dari syaitan yang ingin menguji keimanan seseorang manusia.
Berbaik sangka ni bukan sahaja applikasi nya sesama manusia, tapi juga pada pemerintah malah pada pencipta kita, yakni Allah
Prasangka pada pemerintah-Sebetulnya, saya kurang arif dalam hal ini (sebab dulu slalu tutup telinga bila org bercakap hal2 berkaitan politik, patriotisma dsb) Ni sekadar yang saya faham la kan. Dalam hal ini, ijtihad adalah dibenarkan. Berijtihad dalam Islam adalah mengeluarkan kemampuan untuk mengetahui suatu hukum syara’ berdasarkan dalil-dalil yang syar’i.Sepatutnya kita mendahulukan baik sangka dan tidak mengikut prasangka buruk. Ada pelbagai pendapat dalam hal ini, antaranya kita patut berdiam diri terhadap pemerintah, ada pula berpendapat kita patut berkonfrontasi yang mana ia boleh dilakukan samada melalui politik atau ketenteraan. Dengan kata lain, pendapat para ulamak @ org yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Islam perlu diambil kira.
Berbaik sangka dengan Allah-Saya sdiri tak penah tahu sebenarnya tantang perkara ini. Contoh paling senang mengenai berbaik sangka dgn Allah.
'bila seseorang manusia itu melakukan kebaikan dan bersungguh-sungguh, dia tetap berkata-Saya bimbang Allah tidak menerimanya. Allah hanya menerima amalan org2 yg bertaqwa. Saya tidak tahu adakah saya di kalangan mereka'-rasanya senang nak paham kot kan
Mari sama2 berpikir n muhasabah diri masing2. Wallahualam.
p/s: if anything, just pm me for any comments or questions
0 Comments:
Post a Comment
<< Home