Tuesday, February 19, 2008
Mengapa baru sekarang?
“ Dan berkatalah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangan, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, saudara-saudara laki-laki mereka, , atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamab sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan….”.surah an-nur ayat 31
Seperti yang dijanjikan, berikut adalah cerita mangapa tudung mula2 diharamkan di Turki dulu. Pengharaman dibuat lebih 20 tahun lalu selepas rampasan kuasa oleh pihak tentera pada awal 1980-an. Tujuannya kononnya untuk menyekat kebangkitan gerakan Islamik yang mengancam dasar sekularisme Turki warisan Mustaffa Kamal Ataturk. Selain universiti, larangan pemakaian tudung turut dikuatkuasakan di sektor awam seperti sekolah dan hospital.
Selepas Perdana Menteri Erdogan mengumumkan untuk menghapuskan pengharaman tudung, pelbagai pihak mula menunjukkan tentangan terutamanya pihak tentera.
“Tudung adalah satu simbol politik,” demikian hujah Profesor Nilufer Narli, ketua jabatan sosiologi Universiti Bahcesehir. Beliau merupakan antara ribuan warga Turki yang membantah pencalonan awal Abdullah Gul sebagai Presiden Mei lalu.
Abdullah Gul, sekarang merupakan Presiden Turki. Beliau telah mendapat tentangan hebat dari pihak tertentu yang beranggapan bahawa beliau pro-islam. Ini ditambah pula dengan isteri beliau yang bertudung dan kini merupakan wanita pertama bertudung semasa menghadiri majlis negara selepas beliau dilantik.
Sekadar rumusan sahaja. Ada banyak sumber kalo nak baca pasal hal ni.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home